Thursday 2 February 2012

      Malam Yang Sepi
Aku menulis ketika aku sedang menitiskan air mata
Sedang aku menangis 
aku mendapat berita bahawa bapa temanku mengalami kemalangan
Air mata ku terhenti 
Rupa-rupanya masalah aku tidaklah sebesar mana
Kerana kawanku sedang bertarung dengan rasa sedih yang teramat.


Sayu hatiku 
baru aku tahu bahawa imanku senipis kulit bawang
Baru diberi dugaan sekecil itu 
sudah menangis teresak-esak
Bagaikan anak kecil
Sedangkan kawanku sedang bersedih 
Mengenangkan nasib bapanya yang mengalami kemalangan


Aku cuba membayangkan 
jika aku berada di tempatnya ,
Pasti aku tidak mampu berdiri ,
Mungkin juga aku tidak sedarkan diri 
Kerana tidak mampu mengawal perasaan sedih ini .

Aku kagum denganmu sahabat 
Walaupun kau sedang bersedih namun 
kau masih mampu menjawab soalanku bertubi-tubi. 


Khas buat kawanku,
Aku doakan semoga bapamu sihat,
Kembali seperti sediakala
Seperti yang aku selalu lihat ketika aku di rumahmu
Ceria seperti dahulu.


Ingatlah wahai sahabat 
Allah memberi sesuatu musibah kepada seseorang
Bukanlah bermakna Dia membenci mereka
Sebaliknya,
Dia mahu melihat sejauh mana keimananmu
terhadapNya 
Semoga kau terus tabah wahai sahabat ku
Amin :')

No comments:

Post a Comment